Tuesday, April 19, 2011

PROJEK PENTERNAKAN HAIWAN (ARNAB)







Mata Pelajaran : Pendidikan Khas / merangkumi program transisi
Nama Projek : Penternakan Haiwan
Tarikh Mula : 11 April 2011
Bilangan Haiwan : 6 Ekor
Objektif :
1. Memberi pendedahan kepada pelajar dalam dunia penternakan haiwan.
2. Mengurus haiwan penternakan dengan cara yang betul
3. Dapat mengetahui kepentingan menternak arnab dari segi perniagaan dan sumber makanan.
4. Memberi pendedahan kepada peluang kerjaya sendiri.
Nilai : Menyanyangi haiwan ternakan, belajar mengurus haiwan dan rajin.

Monday, March 7, 2011

Sukan Olahraga Peringkat Daerah Mersing

pada 1 hingga 4 Mac 2011 bertempat di SMK Anjung Batu, Mersing telah berlansung sukan olahraga peringkat daerah. di mana, seorang pelajar pendidikan khas; Mohd Nasahrudin bin Mohd Azmi telah mewakili sekolah dalam acara berikut:

1. 1500 meter
2. 4 x 400 meter
3. 4 x 100 meter

Pelajar ini telah berjaya mendapat tempat ke-4 dalam acara 1500 meter. walaupun tidak mendapat pingat namun kejayaan pasti akan diperolehi pada satu usaha nanti. beliau merupakan etlit pendidikan khas di sekolah.

gambar post nanti...

Festival Layang-Layang Peringkat Dunia Kali Ke 16


Pada 16 hingga 20 Februari 2011 pelajar pendidikan khas bersama pelajar tingkatan 4 telah menyertai Festival Layang-Layang Peringkat Dunia. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pengetua Sekolah Menengah Tan Sri Abdul Kadir, Mersing : En. Maon Bin Marsini yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada pelajar pendidikan khas. selain itu, diucapkan terima kasih kepada PIBG kerana memberi sumbangan untuk menjayakan pertandingan ini. begitu juga kepada pelajar tingkatan 4 yang menjadi rakan pembimbing kepada pelajar pendidikan khas.


Ini merupakan penyertaan kali kedua bagi pelajar ini, penyertaan kali pertama mereka ialah pada tahun 2009. diucapkan tahniah kepada pelajar pendidikan khas Amirul Ariff bin Suib yang telah berjaya mendapat tempat kelapan daripada 57 kumpulan dalam kategori wau bulan tradisional. sebanyak 23 buah sekolah seluruh malaysia yang telah menyertai pertandingan ini. sekolah tersebut ialah dari Johor, Selangor dan Perlis.

Diharapkan pada tahun depan pelajar pendidikan khas ini dapat menyertai lagi, kerana permainan layang-layang merupakan satu terapi yang baik untuk emosi, fizikal dan mental.

Selamat Datang

dengan ini saya ,merasmikan laman blog pendidikan khas, SMK Tan Sri Abdul Kadir, Mersing, Johor dengan lafaz "MAJULAH KITA"