Monday, March 7, 2011

Festival Layang-Layang Peringkat Dunia Kali Ke 16


Pada 16 hingga 20 Februari 2011 pelajar pendidikan khas bersama pelajar tingkatan 4 telah menyertai Festival Layang-Layang Peringkat Dunia. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pengetua Sekolah Menengah Tan Sri Abdul Kadir, Mersing : En. Maon Bin Marsini yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada pelajar pendidikan khas. selain itu, diucapkan terima kasih kepada PIBG kerana memberi sumbangan untuk menjayakan pertandingan ini. begitu juga kepada pelajar tingkatan 4 yang menjadi rakan pembimbing kepada pelajar pendidikan khas.


Ini merupakan penyertaan kali kedua bagi pelajar ini, penyertaan kali pertama mereka ialah pada tahun 2009. diucapkan tahniah kepada pelajar pendidikan khas Amirul Ariff bin Suib yang telah berjaya mendapat tempat kelapan daripada 57 kumpulan dalam kategori wau bulan tradisional. sebanyak 23 buah sekolah seluruh malaysia yang telah menyertai pertandingan ini. sekolah tersebut ialah dari Johor, Selangor dan Perlis.

Diharapkan pada tahun depan pelajar pendidikan khas ini dapat menyertai lagi, kerana permainan layang-layang merupakan satu terapi yang baik untuk emosi, fizikal dan mental.

No comments:

Post a Comment